Tuesday, April 7, 2009

April Commercial Break

Cabang seni ni tak semestinye tertumpu pd gmbar jer..tp penulisan, bacaan , nyanyian pun part of seni jugak..Tetiba lak aku ckp pasal seni.Nape? Actually aku nak kaitkan ngn sajak dr seorg teman yg dikenali sbg Dbadaisinar,very talented in creating poem,novel dan penulisan sastera..Korang bacalah buat renungan dan bahan bacaan..

Nun Jauh Disana...

Yang terhebat tidak pernah di miliki
Galas bebanan mengapai impian
Memecah kebuntuan hidup sendiri
Mencari sinar kemuncak diri.....

Menyepi bukan kerna luka dihati
Terbuak buak rasa terkilan
Kasih dicurah umpama
Air di daun keladi

Mereka boleh berkata
Mereka boleh mencela
Mereka boleh ketawa
Mereka tiada guna

Jurang hidup kian ketara
Cinta dan sayang pudar warna
Lara hati gelombang jiwa
Nun jauh disana aku berkelana...

** This is a "monthly column" created mainly to express your art creativity..Anda amat2la dialu2kan utk mengekspresikan anything related to art to be published in this column..Tak kisahla gmbr ke, lirik ke, pantun ke, sajak dan apa2 lgla..Email me at maizuramokhtar@yahoo.com.my. See you next month at this column!

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah pada maidreams kerana mencetuskan idea untuk memberi ruang dan peluang pada pengiat seni dalam bidang penulisan.. Sekurang kurang ada ruang untuk mereka mengasah karya... Buat penulis yang sudah biasa dengan menghasilkan tulisan bolehlah memberi ulusan setiap karya yang disiarkan supaya kita dapat berkongsi ilmu untuk meningkatkan lagi mutu tulisan dan martabat bahasa melayu.

Anonymous said...

Tahniah maidreams diatas usaha untuk memberi ruang dan peluang kepada pengiat seni dalam bidang penulisan ini.. Ini merupakan satu wardah dan platform untuk penulis penulis yang baru menceburi bidang ini untuk mengasah bakat.. Kepada penulis yang berpengalaman boleh memberi ulasan dan komen yang membina untuk kita berkongsi ilmu bersama.

MAI dreams photo said...

Terima kasih..Column ni aku buat khas utk berkongsi idea lam bidang seni..Jgn segan jgn silu..Your creativity will be published here!